Pages

new task...tanggungjawab besar ni...

semalam...dalam lebih kurang 10min lagi nak balik...just got a news...x tau nk cakap berita baik or....

'awak dilantik sebagai ketua juruaudit MS ISO 9001:2008'...

niat hati memang nak tolak...sebab tau...diri ni x de pengalaman....jangan kan nk jadi ketua juruaudit..jadi juruaudit biasa pun sy tak paham macam mana....prosedure pun x tau ada berapa kt sini..tp bila bos cakap..

'ala..keje awak senang je..keluarkan surat sekali setahun je...awak x yah g audit'

ni statement sangat sesuai tuk org yg nak amik jawatan,tp duk goyang kaki je..
hujung tahun declare banyak jawantan pegang masa penilaian tahun....
but,for me...klw nak pegang satu2 jawatan tu..biarkan kita tau dari A to Z...klw dah jadi ketua..sure2 juruaudit yang lain akan refer kita...bila SIRIM tanya...x kan nak jawab...tanya la auditor2 yang buat audit....

balik keje story ngan hubby...dia cakap..oklah,naik pangkat...

so,hari ni ...dengan semangat baru, nak terima jawatan ni...cari la fail udit...cari2 punya cari...rupanya bos yg pegang....tp bila dah dapat....KECEWA nye...nama fail audit..tp perkara yang x berkenaan semua ada..mcm mana ni...lg buat tension....

ermmmm....dalam terpaksa..kena juga terima jawatan ni...klw dapat naik gaji..ok la juga....but..i'll try my best....belajar dr senior2 yg ada..harap..adalah yang sudi tunjukkan mana2 yang patut...

p/s: if ada sape2 dr ofc yg baca post ni...ini sekadar meluahkan apa yg t'simpan dihati...jangan ada yg terasa ye.
still love my job n my office.

Gara Gara Tertinggal Topi


ini lah gara2 tertinggal topi...hihihihhihi...
tp comel juga tengok haikal pakai kain ni...

actually...mmg bawa topi dia..tp leh t'jatuh masa kuar dr kete kat umah nenek...so...basuh la...ibu pulak x bawa spare topi tuk haikal...

x plan nk jalan2 pun hari tu....just nak balik sg penchala n kg baru...tp b4 tu..singgah sebentar di tasik titiwangsa..tengok orang main kete control...
tengok cuaca tak berapa nk baik....tp nk juga bawa haikal turun...(ayah yg nk sgt tengok..haikal x paham apa pun...takut ada la)...

so...tiba2 ayah t'nampak kain color oren..kain tuk lap kete...still dalam plastik lagi ye..dijamin bersih...ibu n ayah pun dapat la idea tuk pakaikan kain ni kt kepala haikal bagi menggantikan topi haikal...

bila dah pakai topi..barulah haikal dibenarkan turun oleh ayah....



Sukanyeeeeee…..dapat jalan




Focus tengok kereta….




Sedih …..Terkejut dengar bunyi kete control kuat sgt…




Ayah haikal pulak yang senyum lebih

sup ketam made by hubby..special tuk haikal



ini lah hasil tangan en hubby untuk anak kesayangan dia...SUP KETAM
haikal suka sgt2...mana x nye..setiap hari ibu masak klw x ikan bilis,mesti karot or kentang...asyik itu je....

tp sekali sekala boleh la...sbb haikal kecik lagi...garam x boleh sgt...sikit2 boleh la
nanti haikal dah besar sikit..baru leh rasa macam2 ye...

ps:sedap ayah masak...tp ibu x pandai makan ketam

Pentingnya Imunisasi Bayi

Imunisasi bayi penting untuk mengelak penyakit yang sering terjadi kepada bayi baru lahir. Vaksin diberikan untuk meningkatkan tahap imunisasi bayi terhadap penyakit yang lazim terjadi. Ia diberikan mengikut peringkat umur. Ia juga berbeza mengikut negara. Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia telah disediakan jadual imunisasi yang wajib diambil oleh semua bayi. Selain itu, boleh juga diambil suntikan vaksin yang tidak disenaraikan. Dapatkan nasihat doktor mengenai kebaikan, keselamatan dan risiko vaksin tersebut.

Pastikan anda menyimpan rekod mengenai vaksin yang telah diambil dan tarikhnya. Ini juga untuk mengingatkan tarikh berikut untuk mengambil vaksin. Perhatikan bayi anda jika terdapat reaksi selepas vaksinasi dan sediakan maklumat kepada doktor anda. Tunggu seketika di klinik untuk memerhatikan jika bayi anda mempunyai reaksi selepas vaksinasi. Pastikan vaksin diambil mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Vaksin yang wajib diambil mengikut saranan kementerian

BCG - dos pertama ketika lahir
Hepatitis B - dos pertama ketika lahir, dos kedua selepas sebulan dan dos ketiga selepas 5 bulan
DTP - dos pertama selepas 2 bulan, dos kedua selepas 3 bulan dan dos ketiga selepas 5 bulan
Polio (OPV) - dos pertama selepas 2 bulan, dos kedua selepas 3 bulan dan dos ketiga selepas 5 bulan
Hib - dos pertama selepas 2 bulan, dos kedua selepas 3 bulan dan dos ketiga selepas 5 bulan
Measles-mumps-rubella - dos pertama selepas 12 bulan, dos kedua selepas 6 tahun

Penyakit yang dapat dielak dengan vaksinasi
1. Tuberculois (TB ) – penyakit merebak melalui udara seperti bersin, batuk dan pernafasan. Ia menyebabkan masalah pada paru-paru dan mungkin juga memberi kesan pada tulang dan meninges(otak)
2. Hepatitis B - penyakit hati merebak daripada darah atau cecair badan lain seperti air liur, air kencing. Ia menyebakan kerosakan hati dan dalam jangka panjang boleh menjadi kanser.
3. Diphtheria – memberi kesan kepada sistem pernafasan disebabkan bacterium yang merebak melalui batuk dan bersin. Ia akan menghasilkan toksin yang menyebabkan komplikasi terhadap kegagalan jantung dan paralysis.
4. Tetanus (kancing gigi) – bakteria yang masuk ke badan akibat luka dalam, gigitan binatang, efeksi telinga, gigi dan tali pusat bayi atau calar yang kecil. Ia juga dikenali sebagai kancing gigi kerana gusi akan terkancing dan perlu rawatan di hospital. Jika tidak dirawat boleh menyebabkan kematian
5. Pertussis (batuk whooping) – bakteria mudah merebak melalui sentuhan, batuk dan bersin. Boleh menyebabkan keradangan pada paru-paru.
6. Polio – disebabkan oleh virus polio yang boleh merebak daripada mereka yang menghidapnya atau melalui makanan dan minuman yang tercemar. Ia boleh menyebabkan sakit otot dan lumpuh.
7. Penyakit haemophilus influenza jenis B (Hib) – disebabkan bakteria dipindahkan melalui udara. Jika paru-paru atau saluran darah tercemar, ia akan menyebabkan keradangan pada otak (meningitis)
8. Measles – disebabkan oleh virus yang disebarkan melalui pernafasan, batuk atau bersin. Menyebabkan keradangan paru-paru dan otak. Wanita mengandung juga perlu berhati-hati dengan penyakit ini kerana boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pra matang.
9. Mumps – disebabkan oleh virus dari keluarga virus paramyxo. Mudah tersebar melalui udara. Boleh menyebabkan keradangan otat, pekak atau kematian.
10. Rubella (german measles) – merebak melalui udara sama ada batuk, bersin atau pernafasan. Wanita mengandung juga perlu berhati-hati dengan penyakit ini kerana boleh menyebabkan komplikasi ketika mengandung.

HaiKal complete the 1st 6month injection today

hari ni bawa haikal p klinik tuk 6 bulan punya cucuk...
sampai2 dapat turn no 2...
berat haikal naik 0.2kg..menjadikan berat haikal sekarang 7.2kg...
berat + tinggi= sihat...alhamdulillah...

bila nerse tanya...semua yg di tanya mmg haikal dah boleh buat..
1. dia dah boleh duduk kejab2 = boleh
2. dia dah boleh pegang barang = boleh
3. dia terkejut x kalau org ckp kuat2 or pintu terhembas = ye...
4. dia dah boleh merangkak = dia dah boleh mengensut

so..perkembangan haikal memang mengikut perkembangan baby yang normal...
pas jumpa nerse...kene tunggu turn tuk cucuk la plak...

duk tunggu depan pintu bilik tuk cucuk tu...nampak yg kuar masuk bilik tu...practikal student..lelaki plak tu...tunggu je la..dengan harapan bukan dia la yg cucuk...tunggu punya tunggu..haikal siap tertido...elok t'tido..sampai lak giliran dia...

so..nak x nak..masuk jela..n kejutkan..haikal punya la penat..lena sampai kejut pun x nak bangun...ibu siap jentik kaki,dirikan...dan basahkan kepala n muka...stil x nak bangun..sudahnya..nerse kt situ amik goncang2 kan dia...cian haikal..terkejut dia...sampai nangis...

tu x pe lagi..bila nk cucuk..mmg practikal studennt tu yang cucuk...mmg kasar betul dia buat...dah cucuk...boleh plak tukar tangan...sampai haikal nangis abis suara..dia x siap cucuk lg...hampeh betul...

lain kali klw kena lagi..mmg nak minta nerse yg cucuk...
next apoiment haikal pada 27 julai 2011...lagi 2 bulan...jangan ibu ngan ayah lupa sudah la...hihihihihihi...

p/s: last month cucuk x nangis langsung,kali ni nangis sampai hilang suara...

Klinik Kanak Kanak Dr. Altaf

hari ni just nak share..pengalaman bawa haikal ke klinik kanak2 yg paling best for haikal setakat ni...b4 ni dah banyak kali juga bawa haikal g klinik...bukan x ok...ok la...

Semalam decide nak bawa haikal p klinik setelah hamper seminggu++ asyik berak2…at 1st x risau sgt,sbb org tua2 cakap dia nak ringan kan badan sbb nk belajar merangkak….

Ayah siap search dalam ternet nak cari klinik pakar tuk kanak2….finally we find KLINIK KANAK KANAK DR. ALTAF @ taman tun dr ismail....

Pas balik keje..amik haikal dan terus ke sana sbb klinik ni buka sampai kul 9 je….sampai2 ramai gak org kt sana…klinik ni x mcm klinik lain bila sampai kene daftar dulu…so, bila masuk,ibu pun duk tunggu la ners tu kuar…rupa2 nya…just tulis nama kt kertas yg mmg dah di sediakan atas meja tu…then dia akan panggil ikut turn kita…so...just tunggu ambil2 melayan haikal yg asyik nak minta di lepaskan....ingat dekat rumah kot...
Sambil2 tunggu….sempat gak la amik gambar…nak tengok gambar…scroll ke bawah ye….


Ruang Menunggu
sempat bergambar dengan ibu
Minum dulu sebelum jumpa doctor
Bergambar dengan ayah juga
 

Haikal yang teringin nak duduk kat kerusi yang comel..
baru selesai jumpa doctor
bila jumpa doc...ayah dah terang kan sintom2 haikal...doc ckp kemungkinan kene virus...jadi dia bagi ubat tuk keraskan najis, bacteria baik & ubat sapu for haikal....dia pun sugest supaya cari susu free lactosa tuk semingu dua ni....harap2 ini dapat membantu...

semoga anak ibu cepat sihat...AMIN

p/s: balik ni nak kene p cari susu tanpa laktosa

W e e k e n d P a r t 2

makan2 di Char Kuew tiaw mali....
ayah haikal belanja

haikal t'gamam sebab flash camera kuat sgt....
bulat mata anak ibu ni..
ni pun t'gamam juga...
haikal with pakTam
kami ber3

Haikal with MakLang & pakDi


cian haikal...kena buli..

W e e k e n d

Dah hari isnin...bermula la rutin harian seperti biasa (bangun pagi b4 masuk toilet..masak bubur nasi tuk haikal..menu hari ni bubur nasi ngan ikan bilis je,siap2 mandi , p keje,balik keje kadang x buat apa...layan haikal je la)...start menghitung hari bila nak jumaat semula..tp minggu ni selasa cuti...SEMANGAT SIKIT KEJE HARI NI...hihihihi...

Nak kongsi cite weekend dgn haikal...weekend hari tu...malam sabtu dah gerak balik sg penchala..saje ayah nak bawa haikal,ibu, nenek + makcik pakcik2 haikal p makan kat Char Kuew Tiaw @ Mali coner...muat la 1 kete Alza...sampai sana mmg kene beretur la tunggu turn...sib makcik2 haikal tlg beratur kan...lama gak la bru dapat...alhamdulillah haikal x meragam..baik je walaupun hanya dapat nengok je...cian anak ibu kan...

esoknye dalam kul 12 bawa haikal jalan2...p JUSCO TAMAN MALURI...saje cuci2 mata...pas magrib terus ke kg baru..tido 1mlm juga....

esoknya dlm kul 12 juga gerak p MANJAKU AMPANG..nak p beli Walker tuk haikal...hadiah tuk haikal sbb dah pandai mengensot....lum merangkak lagi...x sabar bk tunggu haikal pandai merangkak...

Minggu ni memang betul2 best bawa haikal jalan + penat sesangat...sampai umah pun x sempat nk kemas...tp main game ngan hubby sempat lak...hihihihi...

p/s: picture akan dikongsi kemudiaan....

Haikal vs Makan Part 2

Bila dah masuk 6 bulan...
makanan haikal pun dah boleh di pelbagaikan
Here..Haikal with Biskut...
Known as
~ Baby Bites ~

Memang sonok tengok dia makan...
 bila tengok org lain makan...mesti dia nk juga
so..ibu x sampai hati..bagi la dia makan biskut ni..
bila bg biskut ni...kene jaga2 sikit...
takut tercekik....lain plak jadinye kang...

sonok tul haikal makan...

Makan sambil tengok tv

JeJaLan Di KLCC

dah lama ayah plan nk bawa anak kesayangan dia ni jalan2 @ KLCC
tp ibu selalu x nak g....alasan...x de apa2 kt KLCC yang menarik
hihihihihi...padahal dulu time dating2 asyik2 KLCC...
akhirnya..AHAD....8 MEI 2011 (hari ibu ni)..
Haikal sampai juga KLCC
actually ayah nak bawa haikal celebrate hari ibu...

pagi2 haikal dah bangun...siap kejutkan ayah & Ibu
so...ayah pun keluarkan la cadangan nak bawa haikal g KLCC..
sbb dah banyak kali ajak...akhirnya.....berjaya juga ayah pujuk ibu tuk bawa anak dia jejalan @ KLCC

kul 9 pagi dah kuar rumah...sbb ayah ajak naik LRT..parking kete @ kg baru..
so..1st time jugalah haikal naik LRT...
nasib pagi tak ramai org sgt...station kg baru pun mmg x ramai org..

sampai2...ajak breakfast @ KFC..tu je yg ada makanan haikal boleh makan..kentang la..apa lg..
pas makan ingat nk bawa haikal g taman..tp kul 10.30 pun dah panas...
jadi jalan dalam2 je la....

sempat juga ayah lepak ngan uncle helmi..
sampai kul 3 bru gerak balik..
malam tu haikal tido lena..kepenatan..berjalan sakan..

BerGamBar LuaR RumaH
 
 
 
 
 
suka sukai dalam kete b4 ke KLCC
siap duduk tempat ayah..
 
@ stesen LRT kg baru.. tunggu ayah p beli tiket...
 
baru sampai KLCC
 makan time..maklumla kuar awal...ibu x sempat masak
 kepenatan...still boleh senyum walaupun tido..
tu bunga..haikal beli tuk ibu..sempena hari ibu..
 selepas melelapkan mata...nk sambung jalan2 balik
sempat bergambar ngan uncle Helmi..
(my dady' best  frz)
 on e way balik umah...

HappY Mothers Day..

SeLaMat Hari Ibu To My Lovely Ummi & Mak
Thanks for melahirkan,membesar dan memberikan didikan yg sempurna sehingga aku menjadi diriku sekarang....

kepada UMMI
Tiada yang lebih BERHARGA dlm hidup ini berbanding
PENGORBANAN ummi yang telah SUSAH PAYAH membesarkan....
dan segala KEPERITAN dalam membesarkan tidak dapat ku bayar dengan apa cara sekalipun

TERIMA KASIH atas segalanya..

Kini...aku juga sudah bergelar ibu..ibu kepada seorang cahaya mata 
MUHAMMAD ALIF HAIKAL yang baru berusia 6 BULAN..
semoga aku juga dapat menjalankan tanggungjawab seperti yg ummi telah jalankan
Restu ummi selama ini telah menjadikan kami keluarga bahagia..

kepada MAK
TERIMA KASIH terhadap kasih sayang yang diberikan
yang menerima akau seadanya

THANKS ALLAH 
yang memberi peluang aku menjadi seorang IBU...

kepada semua yang bergelar IBU, MAMA,MAK,MUMMY...
SELAMAT HARI IBU DARIKU YANG BERGELAR IBU